Wednesday, June 17, 2009

Aku Abang Dia...

Suatu hari Azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa...
Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam

Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernahsesesak ini, kenape
pula sesak hari ni"Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan
jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau".Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.Azman " Ini tak boleh jadi nie.Aku mesti buat sesuatu"
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan
bertanya apa yang berlaku.
Ada accident la encik. kata sorg mat rempit. Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!.Tepiiiii, Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!
Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluansambil
berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.Dalam hati Azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni"
Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu...
............ .... .
............ ..... ....
............ .... ......... ...
............ .... ......... .......... .
............ .. ........ ...
............ ..... ........ ...
............ .... ......... ......... .
............ .. ......... ......... ............ ...
......... ...
............ .... ........ ...

............ .. ......... ......... ............ ... ........ .....
............ .... ......... ......... .
............ .. ......... .......... ..
............ ..... ......... ......... ........
Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya
Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor
monyet!!!!!! !

Tuesday, June 16, 2009

Kantoii..

Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenar nye dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : kenapa ni yang?

Isteri : Sudahla bang..lepaskan saja saya ni!!

Suami : Eh..kenapa awak cakap camtu plak??

Isteri : Saya tahu..awak ada jumpa perempuan len kan ?

Suami : Eh...apa awak cakap ni??

Isteri : Sudahla bang..semua nya dah tebukti...ada perempuan yang jawab telefon masa saya call awak...dah banyak kali..

Suami : Eerr..aaa... ba..baik la..abang mengaku..abang ada perempuan len..tapi..apa yang perempuan tu cakap kat awak?

Isteri : Huh..nyampah. ..mentang2 saya tak tau omputeh...tapi saya ada hafal apa yang dia cakap..

Suami : dia cakap apa?

Isteri : dia cakap.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"..asal saya telefon je..dia cakap camtu...dia tak reti cakap melayu ke????

Saturday, June 6, 2009

jom gelak..

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau
dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke
seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training
habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang
dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi.
Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata," Ala ... releks le, aku
ni kan anjing laut."

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi," kawan atok duduk dalam tong merah tu ke?" Atok “@#^$&%^&%^.!!!”.

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat
bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru
dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu
menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu
tidak membeli dua computer trus.." sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..
hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di
sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata
keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya
dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan,
isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu... "

Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... ayah : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa ayah... anak jiran sebelah kan
ayahnya cerdik..... ayah?? ”

Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing....

Sepasang isteri...

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....! !! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Kuberfikir...

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

ponteng sembahyang jumaat...

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan.
Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan... KRAKKKK!
Kedua2 kakinya patah. HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,
"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini... Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... tolong la ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Tiba-tiba... .
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahummaba rik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin..huhu


kakikukekokkekiri...-| © 2009. e|eYes Sponsored by: e|eYes