Showing posts with label jom ibadah. Show all posts
Showing posts with label jom ibadah. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

wasiat dr rasullullah s.a.w.

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(......Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyangla......h
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya...... dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.


4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.
Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan. Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yangmenerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannyaatau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka.
setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM.......
(WALLUHUALAM...)

Tuesday, August 11, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD sallallahu alaihi wassalam

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH


kakikukekokkekiri...-| © 2009. e|eYes Sponsored by: e|eYes