Sunday, May 17, 2009

Jam Lambat.. hehe

Satu hari ada tiga orang lepak dalam rumah sewa diaorang iaitu apartment 5 tingkat kat Taman Cempaka, Tampoi

Bila dah habis tengok VCD upin dan ipin, diorang rasa tersangat lah boringnya... so diorang buatlah satu pertandingan. .. diorang kena campak jam tangan ke bawah dan sambut. Sapa sempat dikira menang lah.

So org pertama campak jam dia keluar tingkap. Baru dua anak tangga dia turun, jam dia pecah berderai !!! Org kedua pun cuba plak... dia campak jam dia dan baru dia nak angkat kaki, jam dia dah pecah berderai... orang ketiga plak...

Dia campak jam dia, dia turun tangga Big Ben tu, beli surat khabar, PAS tu beli burger, pas tu dia duduk lepak-lepak kat bangku. Lepas tu dia sambut jam dia dan naik atas semula...

Yang dua orang tadi punyalah pelik+heran+ ajaib singh ... diorang punnn tanya ... "eh! camana kau boleh sempat sambut haa ? Siap boleh baca paper la, beli burger la... ??"

Nak tau apa org ketiga tu jawab "Oh, jam aku lambat 30 minit!" hohoho

ok la tu..

> Seorang lelaki bernama Amat yang
> baru saja menjalani malam pertama
> bersama isteri barunya,
> menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang
> sahabatnya, Mohd.
> Jamil.
>
>
> "Wah, gila juga! Ternyata memang benar,"
> ujar Amat. "Kebiasaan yang
> sering kita lakukan ketika masih
> bujang, boleh berulang pada malam
> pengantin."
>
>
> "Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku
> semalam?" si Mohd. Jamil ingin
> tahu.
>
>
> "Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku
> suka melanggan
> perempuan?."
>
>
> "Ha'ah. Tapi bukan ke
> kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas
> berkahwin?"
> "Memang la. Tapi aku
> tersilap buat something
> semalam."
>
>
> "Ye ke? Apa yang kau dah buat?"
> "Kau tau, masa malam
> pengantin semalam, setelah selesai melakukan
> hubungan, dalam keadaan mamai,
> tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri
> aku."
>
>
> "Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil
> terperanjat.
>
>
> "Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak
> buat macamana.."
> jawab
>
>
> Amat dengan muka
> mencuka.
>
>
> "Habis, bagaimana? Isteri kau marah
> ke?"
>
>
> "Itulah masalahnya," Amat menjawab.
> "Dalam keadaan separuh sedar
> dia
>
>
> menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi
> ya'...!"

Saturday, April 25, 2009

Evo7 vs Ferrari vs Kenari??


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kelisa tadi.


" Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla...dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.


Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...


"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

cubala baca... .hahaha



Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea klobheean meaujnkban mdnia msniaua. Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul.

Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam mnaa pun dan kmau miash bloeh mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini knarea mdina misuana taidk bcaa siteap huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen ptkraaean slkeguias. Aijab kan ? Butel! dan syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn aldaah sgnaat pinnteg!!!!

Kawanku..........

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI.. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat
sana ambik..

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm
AWAK LA. .
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)


kakikukekokkekiri...-| © 2009. e|eYes Sponsored by: e|eYes